Orang Melaka Cakap Kasau? ★
since aku dah masuk alam IPT ni, baru aku kenal dengan kawan dari negeri lain, macam2 negeri ada, ada kawan2 aku yang bukan asal melaka, and bila diaorang datang belajar kat sini, sesetengahnya ada yang takbole terima gaya percakapan orang melaka ni. mesti kebanyakkan dari mereka akan berpendapat orang melaka ni kasar lah, bahasa orang melaka ni teruklah, apa lah. HEYY , fyi , kami tak macam tu okayy, kenapa aku cakap macam tu? ha, korang baca kat bawah ni, baru korangg tau tanggapan korang tu salah, dah alang2 datang belajar kat melaka ni, apa salahnya balajar bahasa and budaya kami ni kan. bukan semuanya teruk pun, apa yang baik tu, amik, yang buruk tu, korang letak tepi, jadikan sebagai pengetahuan je, okay? lets read >>
Ramai yang dok mengadu terutamanya “orang yang tak masak lagi” dengan budaya orang-orang Melaka iaitu melibatkan bahasa orang Melaka. Mereka komplen yang bahasa Melaka ni kasau sangat? Betul ker sampai begitu sekali?
Sebenarnya beginilah, memang cara orang Melaka jenis cakap lepas. Laser dan suka beterus terang. Tak cukup dengan itu, kalau cakap sesama sendiri boleh bikin riuh satu kampung. Tapi itulah, tak semua orang Melaka jenis macam itu, tetapi hakikatnya sebahagian besarnya begitulah. Cakap pun main lepas sahaja, walaubagaimanapun tiada pun yang simpan dalam hati. Habis kat situ juga. Orang Melaka ini diakui jenis yang cepat mesra.
Macam kami katakan tadi, tak semua orang Melaka jenis yang cakap kasar. Ada gak “orang Melaka celop” yang tak terpengaruh pun untuk kahau bila bercakap. Ada juga sesetengah kawasan di Melaka agak slow down sikit . Tetapi berhati-hati kalau orang Melaka terutamanya melibatkan orang Bachang jumpa dengan orang Melaka yang tinggal di Pokok Mangga (sebagai salah satu contoh). Boleh bergaduh dan riuh sekampung dibuatnya. Orang tua-tua ada kata dahulu……
“masuk kandang kambing mengembek” “masuk kandang rimau kena la mengaummm”
Setiap negeri ada keunikan tersendiri baik daripada segi budaya mahupun bahasanya. Kami merasakan bahasa orang Melaka antara yang paling menepati tatabahasa bahasa rasmi Malaysia. Tiada yang diubahnya. Selain tu loghat Melaka juga jujur dan berterus terang serta paling sempoi tetapi tajam sehinggakan kalau ada yang tak biasa atau tak tahan mendengarnya, boleh makan hati dibuatnya.
Bagi kami juga bahasa orang Melaka tak kasar, tetapi mungkin juga cara penyampaiannya dilihat agak kasar tetapi ia sebenarnya berniat untuk menyindir atau bertujuan menyakitkan hati rakan mereka (dalam bentuk yang mesra bagiu mereka). Cuma apabila mereka memberikan pendapat, mereka-mereka ini akan menyuarakan tanpa was-was. Dan disebabkan kelantangan seperti inilah orang Melaka dilihat kasar, laser, lagi apa lagi?
Walauapapun, sekasar-kasar orang Melaka pun, hati mereka tetap baik, mudah mesra dan jenis yang tak cakap belakang. Setuju tak?
Kadang-kadang kita biasa dengar ayat, “kalau tak kenal maka tak cinta”. Inilah dia. Jika kita ingin mengenal dan mengetahui rentak bagi satu-satu masyarakat, kita kena kenal budayanya, bahasanya dan istilah yang digunakan. Contohnya, yang sekarang saya nak cakap berkenaan Istilah & bahasa orang Melaka yang selalu mereka gunakan, lebih-lebih lagi kalau dah jumpa sama-sama kroni orang Melaka jugak. Memang alamat riuhla…..
Kalau ada yang tertinggal, tolong bagitau ye di bahagian komen….. Nanti kami updatekan di sini. Contoh bahasa & istilah orang Melaka :
1. Kensal : Tuala
2. Hawau : Lebih kurang macam perkataan “tak guna betul kau ni”
3. Kahau : Cakap kasar
4. Godak : Kacau (contohnya : Tolong godakkan air teh dalam jug tu) See….sebut betul-betul GODAK. Pandai….
5. Lahanat, Lahabau & Sial (Lahanat dan lahabau berasal dari percampuran budaya Arab di Melaka sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka). Contohnya, lakh khabar dan akhirnya menjadi lakhabau. Maknanya tidak dengar khabar. Ayat mudahnya, “Usin lahabau kau, ingat dah mati” (Maksudnya : Usin lama tak dengar khabar atau berita, ingat dah mati).
6. Berboko, barah, cekik : Makan
7. Orang Melaka kalau sebut perkataan yang hujungnya berakhir dengan huruf A mesti sesuka dan sesenang hati mereka tukar kepada huruf E kemudian meleret pulak tu. Contoh? Contohnya : Ko nak pergi mane……..Yele………Ikut suka hati ko le………
8. Satu lagi jikalau sesuatu perkataan itu berakhir dengan huruf R, maka akan ditukarkan kepada huruf U. (Contohnya : ular jadi ulau, keluar jadi keluau, pasar jadi pasau).
9. Kepau : Sepah ( contohnya, ko suka betul buat kepau kat dalam bilik aku) Jelas?
10. Kumbah : (contoh ayatnya, “aku baru aja kemas baju, ko dah kumbah balik)
11. Dak : Biasa digunakan apabila memanggil nama seseorang. Contohnya : kau kenal dak Samad, duk kat belakang rumah dak Leman.
12. Membongkah : kuat makan ( Asyik kerja membongkah jer. Mana ler perut tak naik)
13. Gobok : Almari
14. Membongkang : tidur yang amat lena
15. Nau : Longat nau, Besau nau, Kecik nau, jauh nau, tinggi nau. Asaknya daripada perkataan Benar @ Benau
16. Melohau : Besar Sangat (Contohnya : Seluar kau besau melohau)
17. Sakau : Mengaut secara haram @ mencuri @ rampas
18. Handau: Kalah @ tewas @ lemah
19. Antu : Kalau di Kampung Seberang Gajah, orang tua-tua kalau nak sebut nama orang tua yang lain depan nama tu mesti ada perkataan “antu”. Contohnya : “antu” Munah duk mane?
20. Lopak : Pencil box
21. Beledi : Baldi
22. Lemari : Almari
23. Lebang : Pemalas
Sebenarnya tak semua pun orang Melaka macam itu. Sesetengah sahaja sebenarnya. Sebab kadang-kadang nama sahaja orang Melaka, tetapi disebabkan banyak merantau atas urusan kerja kerja atau pun sambung belajar di luar Melaka, kemungkinan cara percakapan agak berbeza. Bagi orang Melaka yang duduk sekitar kawasan Alai, Bachang, Klebang dan Ujung Pasir. Mereka ini terkenal dengan bahasa Melaka yang boleh tahan pekatnya. Kena pula orang Melaka yang pure, tiada celop-celop punya. Kalau kawan mereka dan dah lama tak berkunjung ke rumah. Jangan terperanjat kalau mereka cakap begini bunyinya :
” Lama kau tak datang, ingatkan dah mampos !” (Sabar…… tu tanda kemesraan sejati orang-orang Melaka)
Admin : Nampak ucapan dan ayat tu keras dan pedas bukan, tapi itulah realiti sebahagian bahasa orang Melaka. Istilah & Bahasa Orang Melaka nampak sahaja “kahau”, tetapi hati orang Melaka baik-baik belaka sebenarnya.
dah pahamm? ha, lepasni jangan nak fikir negatif je bila sampai kat satu tempat baru tu. korang duduk situ, belajar dulu budaya diorang, baru korang buat kesimpulan pasal tempat tu okay ? trimass :)
<--Older Post | Newer Post-->

Amazing Moment ★
Shoutbox ★
|