+Follow
Silent Talks
Life as a college student (PART 1) ★
18.11.12, 6:02 PM , 0 Bubbles
assalamualaikum , holla ! :D okay , post kali ni aku nak cerita pasal life dekat kolej . pejam celik pejam celik dah habis pun satu sem aku dekat kolej tu , korang tahu kan aku masuk kolej mana ? ngee . bagi yang taktau tu , aku telah pun mendaftarkan diri kat sebuah kolej di Melaka jugak yang diberi nama KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA pada 4/6/2012 yang lepas . see , dah nak hampir 6 bulan aku bergelar mahasiswi (!) :) sekarang ni aku duduk lepak kat rumah sebab tengah cuti sem , hihi

sebenarnya kalau nak cerita pengalaman aku since dah bergelar siswi ni , tersangat lah banyak , so aku amik jalan mudah je ye , aku pendekkan cerita . heheh overall kehidupan di kolej ni sangat lah sempoii , tak terikat dengan jadual macam masa kat sekolah dulu , kalau ada kelas pagi , bangun lah pagi2 n siap pergi kelas , kalau takde kelas pagi *apelagi, tarik selimut sambung tidurr lahh, haha* . tapi sem ni aku beruntung lahh sebab kelas pagi aku bukan tiap2 hari , kebanyakkan kelas aku start dah nak tengah hari , so , takde lah liat sangat nak bangun kan ;p hihi .

kawan2 ? secara jujurnya aku cakap , aku ni sangat lah susah nak bergaul dengan orang yang aku tak kenal , dalam bahasa senangnya , aku ni takpandai nak cari kawan baru =,='' padahal course yang aku amik memerlukan aku untuk pandai bergaul dengan orang sekeliling . but Alhamdulillah , aku dah belajar untuk bergaul dengan orang , tegur2 kawan2 semua :D

masa MHS [minggu haluan siswa] dulu , boleh kira jari lah berapa orang je yang aku kenal , masa first masuk , memang sorang pun aku tak kenal , bila dah dapat bilik , ha , dengan budak bilik tu jela yang aku kenal , nama dia Athirah . lepas habis MHS , kiteorang dipindahkan ke rumsis {namapanggilanhostel} lain , ditempatkan dalam satu rumah yang hampir keseluruhan nya sama  kos dengan aku . dekat situ lah aku kenal kawan2 lain yang sama kos , lain kos , sama umur , lain umur dengan aku :D

dalam rumah tu ada 9 orang semua termasuk aku , korang nak kenal takk dengan diaorang semua ?? mehh aku tunjukkan gambar mereka , kita mula dengan yang paling senior , hihi  >>


via Pesbuk

shortname > KAK AIN
umur > 2_ [sile isi tempat kosong] :D
tentang dia > ni le akak paling senior kat rumah tu , dia amek degree , sem satu jugak same dengan aku , yang membuatkan dia senior , dulu dia amik diploma pun kat kolej yang sama , so kalau kiteorang tak tahu / tak faham apa2 hal tentang kolej , semua tanya kat dia lah , *cehh, da mcam kaunter bergerak lak, HAHA [sorry kak ain, kih3] * dan dia akan terangkan kat kiteorang , dah macam sifu pun ade jugak , haha . pape pun , thanks a lot kak ain , coz dah banyak bersabar dengan perangai kebudak2kan saya dari mula sampai akhir sem :')


via folder dalam lappy

shortname > KAK IS
umur  2_ [sile isi tempat kosong] :D 
tentang dia > akak ni berasal dari kedah ,  amek kos sama dengan aku , seorang yang sangat kuat berusaha pada pandangan aku , kalau time nak exam tu , orang lain belum sentuh buku lagi , tapi dia awal2 dah pegang buku study tauu , aku pun takboleh jadi macam dia , hihi , thanks kak is sebab akak sanggup teman saya pergi makan AYAMAS , walaupun saya tahu saya ni tak selembut mana , tapi akak layan jugak saya ni kan :')


via pesbuk

shortname > KAK AYU
umur >   2_ [sile isi tempat kosong] :D 
tentang dia > asal muar , amek sama kos dengan aku , nama pesbuk dia BIRU PEPEL , aih , suke nau dengan biru pepel dia tu , haha , hobi dia kat rumah tu , dok bukak berukben dia and online , hihi kalau pepagi tu dengar orang bukak radio ERA.FM , ha , dia lah orang nye , harharhar . akak ni pandai bab agama tau , korang tanya lah pape pasal ulum ke , arab ke , bole je dia jawab ar , haha lagi satu , dia ni pandai masak , sebab ayah dia ada bukak gerai kat muar tuu , hoho . to kak ayu , thanks coz bagi saya pinjam berukben akak tok saya lepaskan geram takdapat on9 tu kadang2 . and  thanks sebab banyak tolong ajar saya pasal arab :')


via folder dalam lappy gak

shortname > KAK HAJAR 
umur  20 y/o
tentang dia > ni akak bilik aku , aku sebilik dengan dia je coz bilik aku tu muat untuk dua orang je ,  dia ni pun sama macam kak ayu jugak , pandai bab agama , ulum+arab dia yang utama , kalau ada pape pasal agama yang aku takfaham , pon aku tanya kat dia jugak , kat kolej , dia merangkap housemate+roomate+classmate aku , haha , kiteorang sama tang tu , dia ni suka korea , seorang yang penyabar , kalau aku ada buat pape salah yang aku taksedar , dia akan tegur , n dia banyak nasihat aku , banyak sedarkan aku yang hidup kat kolej ni taksama macam hidup kat sekolah menengah dulu , btw , thanks kak sebab banyak bersabar dengan kerenah dan perangai saya yang sangat tidak matang ni :')






<--Older Post | Newer Post-->