+Follow
Silent Talks
Semakan kemasukan MATRIKULASI 2012 ★
24.4.12, 8:56 PM , 0 Bubbles
Assalamualaikum ! holla ! apa habaq ? hope semua sihat je ! so , kali ni nak share info untuk semua pelajar lepasan SPM 2011 , maklumlah , dah nak hujung bulan 4 ni , pastu nak masuk bulan 5 pulak kan , mesti lepas ni  pelajar lepasan SPM 2011 sibuk tunggu tawaran sambung belajar dekat depan peti surat , hihi , taknak citer panjang2 , tengok jele eh kat bawah ni \^.^/ \/



Semakan Kemasukan Matrikulasi 2012 ini khas bagi pelajar lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2011. Semakan permohonan kemasukan ke Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk sesi 2012/2013 boleh mula disemak mulai esok, 25 April 2012.

Bagi membuat semakan keputusan permohonan Kemasukan Program Matrikulasi, pelajar boleh menyemak secara online di laman web Bahagian Matrikulasi Kementerian pelajaran Malaysia ataupun dengan menggunakan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang disediakan. 


Semakan Kemasukan Matrikulasi Secara Online
Sila lawati laman sesawang Bahagian Matrikulasi KPM. Anda akan diminta untuk mengisi beberapa butiran sebelum membuat semakan permohonan anda seperti No. I/C dan juga Nombor Pin.


Semakan Kemasukan Matrikulasi Melalui SMS
Taip <MOE><jarak><MAT><jarak><No. KP> dan hantar ke 15888. 

Contoh: MOE MAT 94081107XXXX dan hantar ke 15888


Sekiranya permohonan anda gagal, anda masih boleh membuat rayuan kemasukan ke matrikulasi sama ada untuk Program Satu Tahun (PST) atau Program Dua Tahun (PDT). Rayuan hanya dibuka kepada pelajar yang ada membuat permohonan mengikuti Program Matrikulasi KPM tetapi gagal diterima masuk buat kali pertama. Rayuan boleh dibuat secara online.


Rayuan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2012
  • Proses rayuan hanya boleh dibuat bermula 25 April 2012 sehingga 13 Mei 2012.
  • Rayuan perlu dibuat secara online di laman web Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Keputusan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi akan diumumkan pada 7 Jun 2012. 


kepada semua pelajar lepasan SPM 2011 , semoga korang berjaya dapat tempat kat matrikulasi , terutamanye yang memang berniat nak sambung belajar kat matrik ni lah kan , bagi yang taknak sambung belajar kat matrik , korang boleh tunggu tawaran ke FORM 6 atau IPTA/IPTS . Good Luck k :)




<--Older Post | Newer Post-->